Saturday, July 24, 2010

Minggu 2: Jurnal Refleksi


~Sejak mengambil Khusus Muzik Tradisoinal pengetahuan saya mengenai muzik tradisional lebih meluas dan banyak. Terutamanya dalam minggu ke-2 ini saya mempelajari tentang Budaya Muzik serta sejarah di mana kedatangan muzik wujud di Tanah Melayu. Dulu bagi saya muzik hanya untuk keseronokkan dan saya tidak tahu sejarah bagaimana datangnya pelbagai muzik di negara kita serta peralatan tradisonal yang digunakan. Dengan infomasi yang berada dalam blog serta pelajaran dalam minggu ke-2, saya serba sedikit lebih memahami tentang sejarah,budaya alatan dan sebagainya.

~Terdapat juga lima objektif utama pengajaran, iaitu mengetahui perkara berkaitan ‘soundscape’ yang lebih melihat bunyi yang terhasil dari alam semulajadi (nature life). Dalam konteks yang sama, saya turut mengetahui perbandingan antara muzik dan bunyi dalam tayangan video semasa pengajaran minggu ke-2. Terdapat juga struktur serta konsep muzik yang selama ini saya tidak pernah mengambil tahu mengenainya iaitu melodi, ritma , harmoni, bentuk, notasi dan ekspresi.

~Memandangkan saya berasal dari Pulau Pinang, saya sertakan satu contoh budaya muzik yang telah diserap masuk kedalam muzik orang-orang di Pulau Pinang, iaitu Boria. Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri Pulau Pinang.Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Parsi. Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian. Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi). Rangkap karangan boria yang hujung sukukatanya sama setiap rangkap kisahnya berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan.

~Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakang tukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi. Alat-alat muzik boria telah berubah mengikut peredaran masa. Namun begitu penggunaan alat-alat muzik seperti violin. marwas, gendang panjang, akordian dan harmonika digalakkan.



0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump A

Blog Pelajar Kump B

Blog Pelajar Kump C

SMP2252 Noraziemah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template