Sunday, August 1, 2010

Minggu 3: Jurnal Refleksi


~Kuliah pada minggu ketiga membincangkan mengenai tiga perkara yang utama iaitu kaedah klasifikasi musik Tradisional dimana terbahagi juga kpd 2 perspektif iaitu adaptational,mengenai alat muzik yang diberi penyesuaian:contohnya perbezaan ghazal di Malaysia, iaitu ghazal pathi dr utara dan ghazal johor.Bagi idiosinkretik pula ia melibatkan cara atau gaya yang tersendiri seperti gambus dengan gambus hadramaut.






~Bagi Kategori Muzik Tradisonal pula membincangkan tentang kategori-kategori muzik khususnya yang dimainkan di Malaysia. Sebagai contoh klasifikasi dr budaya Cina, India dan Eropah.

~Perkara ketiga yang dibincangkan adalah berkenaan ciri-ciri muzik Tradisional dimana, terdapat 2 ciri yang bertembung iaitu Tradisi besar:budaya klasik atau Istana, budaya yang selalu dimainkan untuk golongan raja atau istana sahaja dan Tradisi Kecil:budaya rakyat. Terdapat pertembungan antara Budaya Istana dan Rakyat kerana budaya istana yang dulu hanya dimainkan oleh golongan raja, boleh dimainkan oleh rakyat. Contohnya tarian zapin. Dahulunya hanya ditarikan oleh golongan istana tetapi sekarang boleh ditarikan oleh rakyat.




~Sebagai kesimpulannya pada minggu ke-3 ini sya mendapat banyak maklumat mengenai muzik tradisional. Dengan penayangan video2 serta penerangan oleh En. Amran, saya lebih memahami tentang muzik tradisonal walaupun saya bukannya pelajar muzik.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump A

Blog Pelajar Kump B

Blog Pelajar Kump C

SMP2252 Noraziemah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template