Wednesday, August 4, 2010

Minggu 4: Jurnal Refleksi


~Pada Minggu ke-4 pengajaran melibatkan wayang kulit. Objektif pada minggu 4 melibatkan Jenis wayang Kulit, alat-alat muzik wayang kulit dan perbezaan antara wayang kulit.Wayang kulit adalah teater tradisional kuno oleh okestra tertentu mengiringi gerak geri wayang. Terdapat banyak pendapat tetang asalnya wayang kulit. Contohnya ia berasal dari India dan dinyatakan oleh Otto Spies, Sabri East Siyavusgil & William Rideway, ini mungkin kerana kesemua jenis wayang kulit mempunyai cerita epik Ramayana & Mahabrata sebagai cerita utama.

~Terdapat 4 jenis wayang kulit beserta perbezaannya:-
  • Wayang Kulit Jawa
Dikenali sebagai wayang purba dan berasal dr. Indonesia dan ada dimainkan oleh orang Jawa di Johor dan Selangor. Muzik yang dimainkan adalah Gamelan Jawa. Patungnya pula berbeza dr segi bentuk mata iaitu mata Jaitan untuk watak pahlawan, mata pepelangan utk watak jahat dan mata prebes untuk watak pertapa. Bahasa Jawa dan dialek tempatan digunakan. Perbezaan dr segi alat muzik, gamelan jawa mempunyai Khendang dan Zailofon (Gampang), metalofon gangsa (sarun, demung, slantem, gender), gong2 berbonggol (gong agen,gong suwukan dan kempul) ,penanda masa.



  • Wayang Kulit Gedek
Wayang kulit jenis in banyak terdapat di kawasan utara semenanjung. Ia berasal dr Thailand. Cerita banyak penerapan unsur tempatan dan cerita popular masa kini. Bentuk patung pengaruh Nong Talung dr segi ukiran, pakaian dan hiasan. Dialek yg digunakan adalah bahasa Thai mahupun dialek Kedah. Alat yang digunakan Saw Oo, Saw Duang, geduk,gedombak, Pi Jawa, Gong dan Ching


  • Wayang Kulit Melayu
Dipengaruhi oleh wayang purba dari India dan patungnya mengikut stail Pulau Jawa, kedudukan patung berbeza dr kedudukan kepala iaitu patung baik menundukkan kepala ke bawah dan bentuk tubuh kecil. Patung watak jahat pula berhidung besar dan mendongak ke atas. Dialek yg digunakan bahasa jawa dan diselitkan dgn dialek tempatan. Alat muzik yang digunakn Rebab 2 tali, gendang ibu dan anak, mong, canang, kesi dan gong.

  • Wayang Kulit Kelantan
Berdasarkan cerita Hikayat Seri Rama dan Epik Ramayana. Patung mengiring dan banyak berdiri atas kenderaan. Tangan sebelah hadapan yang dapat bergerak sambil memegang senjata atau alat kebesaran. Bahasa yang digunakan adalah dialek Kelantan. Alat muzik yang digunakan adalah geduk, gendang, gedumpak, serunai, canang,kesi dan tetawak



~dengan refleksi miggu neh, saya lebih memahami tentang wayang kulit dan pengetahuan tentang wayang kulit lebih banyak kerana sebelum ini sya kurang berminat untuk mencari tentang wayang kulit dan tak pernah tahu pon terdapat banyak jenis wayang kulit. Dengan refleksi dan pengajaran miggu ke-4 ini menambahkan lagi pengetahuan saya mengenai wayang kulit.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump A

Blog Pelajar Kump B

Blog Pelajar Kump C

SMP2252 Noraziemah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template