Tuesday, August 10, 2010

Minggu 5:Jurnal Refleksi


~Pada minggu ke 4 dalam kelas muzik tradisional kami membincang kan 2 jenis muzik tradisional yang terdapat di Malaysia iaitu Gamelan dan Caklempong.

[GAMELAN]

-Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terenggahu. Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.

-Muzik gamelan biasanya dimainkan dalam majlis formal dan tidak formal di istana dan untuk mengiringi joget Pahang. Pemuzik gamelan terdiri daripada lelaki seramai sembilan orang dan penarinya adalah wanita seramai enam orang. Alatan muzik yang digunakan ialah Gong Agong, Gong Sawokan, Gendang Ibu, Gendang Anak, Saron Pekin, Saron Baron I dan Saron Baron, Gambang serta Kenong.

-Tuning dan pembuatan orkes gamelan adalah suatu proses yang kompleks. Gamelan menggunakan empat sistem tuning, iaitu sléndro, pélog, "Degung" (khusus daerah Sunda, atau Jawa Barat), dan "madenda" (juga dikenali sebagai diatonis, sama seperti skala minor asli yang banyak dipakai di Eropah.






[CAKLEMPONG]

-Caklempong adalah alat muzik tradisional dari keluarga ideofon yang menggunakan skel diatonik. Caklempong dibawa masuk ke Tanah Melayu pada sekitar abad ke - 19 dari Sumatera Barat melalui saudagar yang datang berniaga dan terus bermastautin di Tanah Melayu terutama di Negeri Sembilan menyebabkan ia dikatakan berasal dari negeri ini. Hari ini, muzik Caklempong telah dikembangkan di seluruh negara dari Johor sehingga ke Sabah dan turut diajar kepada guru-guru pelatih semua bangsa tanpa mengira kaum. Kini, caklempong ialah muzik tradisional warisan bangsa kebanggaan negara kita.

-Alat - Alat Caklempong Caklempong atau juga disebut Talimpung adalah alat muzik Melayu tradisi Negeri Sembilan yang menyerupai gong atau tetawak kecil. Ianya terdiri dari alat-alat yang diketuk dan mempunyai ukuran yang berbeza dan nada bunyi yang berlainan. Satu set alatan Caklempong terdiri dari Gereteh, Sauwa(Saua), Tingkah dan Gendang Ibu. Ketika dimainkan, Caklempong dilengkapi dengan penggunaan alat-alat muzik tradisi yang lain seperti gendang panjang, serunai, gong dan sebagainya. Caklempong tidak memainkan lagu. Yang dimainkan oleh Caklempong ialah rentak, dan rentak inilah yang dipanggil lagu, terjelma dalam lagu-lagu seperti Pak Tinjar dan Goyar Bacang.



0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump A

Blog Pelajar Kump B

Blog Pelajar Kump C

SMP2252 Noraziemah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template