Friday, August 20, 2010

Minggu 6:Jurnal Refleksi

Pada minggu ke-6 kami telah mempelajari tentang makyung dan kompang.

Objektif bag mggu keenam adalah sejarah, persembahan dan alat muzik serta muzik bagi makyung dan kompang.

Untuk refleksi paparan video tentang makyung dan kompang dipaparkan.


[Makyung]
-Makyung merupakan satu tarian Melayu yang begitu unik dan halus sifatnya. Ia merupakan satu kombinasi dari unsur-unsur tarian, muzik, drama dan komedi yang dipentaskan secara teater keliling. Makyung lahir di istana Melayu Patani kira-kira 400 tahun yang lampau dan mempastikan dari mana asal perkataan makyung atau erti sebenarnya perkataan itu. Besar kemungkinan ia berasal dari satu upacara pemujaan roh-roh; dan mak Inang atau roh ibu yang juga roh padi. Dalam persembahan makyung dia mungkin berlagak seperti perantaraan mewakili raja dan rakyatnya bagi tujuan meminta sesuatu.
-Muzik ialah unsur yang sangat penting dalam makyung dan fungsinya ialah :-
1. Bunyi alunan muzik terutama daripada rebab digunakan untuk menarik penonton dan memaklumkan bahawa pementasan makyung akan bermula.
2. Muzik digunakan untuk membentuk suasana yang menggambarkan emosi dan perasaan di setiap adegan. Selalunya suasana ini digambarkan dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh watak-watak utama dan juga korus (jong dondang).
3. Muzik digunakan untuk mengiringi tarian dan nyanyian.
4. Muzik digunakan untuk menandakan permulaan dan penamatan adeganadegan
keluar dan masuk watak juga diiringi oleh muzik (terutama bunyian gendang) diselitkan antara dialog - dialog.

Kumpulan Muzik Makyung yang lengkap mengandungi alat-alat :-
1. Tawak atau Gong
2. Gendang Ibu dan Gendang Anak
3. Canang
4. Kesi
5. Serunai
6. Rebab






[Kompang]
-Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Kulit kambing yang telah dibuang bulunya diproses dengan bancuhan kimia. Kulit dikeringkan tanpa dibiarkan reput dan kulit digosok dengan garam batu bagi membuangkan bulunya. Atau ia dibenarkan reput sedikit supaya bulunya senang tanggal. Air kapur, abu, sodium sulfida, ammonium sulfate adalah antara kimia yang digunakan. Tannin, bahan dalam teh digunakan untuk mengawet kulit yang diproses. Kemudian kulit dikeringkan ditempat yang lembab. Kadangkala kulit ditarik-tarik untuk melembut dan meratakannya.Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.



Kemudian di akhir kelas kami telah bermain kompang untuk lebih memahami dan faham mengenai kompang.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump A

Blog Pelajar Kump B

Blog Pelajar Kump C

SMP2252 Noraziemah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template