Pembentangan kali ini mengenai boria. Pembentangan yang menarik dan berinfomasi. Walaupun saya berasal dr Pulau Pinang, saya tidak mengetahui tentang sejarah boria yg datang ke Pulau Pinang. Dengan Pembentangan saya lebih faham.
Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala, iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi Suffian. Kematian Saidina Hussein r.a yang penuh tragik itu diperingati oleh kaum Syiah dengan mengadakan upacara perkabungan tahunan khusus pada 10hb Muharam di perkuburannya. Upacara ini dikenali sebagai takziya. Dalam upacara ini lakonan dibuat untuk memperingati peristiwa yang menyayat hati itu. Seseorang penyair akan mendendangkan syair-syair mengisahkan Saidina Hussein r.a dikepung musuh. Bekalan air dan makanan disekat unuk melemahkan Saidina HUssein r.a. Apabila dendangan syair sampai ke episod pembunuhan Saidina Hussein r.a, pengikut-pengikut Syiah ini akan meratap sambil menjerit dan memukul-mukul badan dengan sekuat hati sehingga berdarah. Kaum syiah menganggap perbuatan ini sebagai satu jalan untuk menebus dosa mereka kerana membiarkan Saidina Hussein r.a menemui ajalnya di tangan tentera-tentera Muawiyah bin Ali Suffian. Untuk acara akhir pula, mereka mengadakan satu perarakan yang membawa lambang tangan berwarna merah serta bendera-bendera di sekitar kawasan perkuburan Saidina Hussein r.a.
Acara tahunan ini mengalami perubahan sedikit demi sedikit dari semasa ke semasa. Syair-syair yang didendangkan tidak lagi berlegar di sekitar pembunuhan Saidina Hussein r.a malah telah diselang selikan dengan peristiwa-peristiwa yang terdapat dalam kitab Taurat, Injil serta cerita rakyat dari timur. Para pengikut mulai berlakon agar dendangan syair menjadi lebih realistik. Mereka akan melakonkan babak-babak tertentu sejajar dengan syair yang didendangkan dalam persebahan.

0 comments:
Post a Comment