Friday, September 24, 2010

Minggu 9:Jurnal Refleksi


Pada minggu ke- pembentang membentangkan tentang Ghazal dan Opera Cina.
Dalam muzik Ghazal terdapat 2 jenis iaitu seni ghazal Johor dan Ghazal Parti. Seni ghazal Johor adalah popular di Johor manakala Ghazal parti adalah popular di Pantai Barat Semenanjung.
Bagi persembahan Ghazal, antara alat-alat yang digunakan adalah mengikut kategori. Bagi kategori kordofon, Ud, Gitar dan juga Violin digunakan. Bagi aerofon, harmonium digunakan. Bgai kategori membranofon, tabla bamya dan bagi kategori Idiofon, tamborin dan marakas digunakan. Bagi struktur nyanyian Ghazal, ia terdiri dari 'masuk lagu', 'patah lagu', dan 'mengalun lagu'.
Untuk pembentangan kali ini banyak fakta-fakta kumpulan Ghazal yang didebatkan kerana fakta-fakta yang tidak mencukupi dan memenuhi kehendak En. Amran. Mungkin kumpulan tersebut tidak dapat membuat persembahan yang terbaik kerana jumlah ahli kumpulan yang sedikit dan kekangan masa. Salah satu faktor lain mungkin kerana buget yang tidak mencukupi kerana pembentang perlu turun ke lapangan untuk tugasan mereka. Tambahan pula bagi saya soalan yang berkaitan dengan muzik serta note sukar dijelaskan oleh kumpulan Ghazal kerana mereka bukanlah pelajar muzik. Kumpulan Ghazal diberi peluang untuk melakukan pembentangan mereka semula dengan fakta yang lebih banyak. Insyallah.


Bagi kumpulan kedua pula mengenai opera cina. Opera Cina adalah merupakan persembahan 'dialog berirama'. Ianya adalah persembahan dari kaum Cina. Terdapat pelbagai jenis opera mengikut kedudukan kawasan seperti opera Beijing, opera henan dan lain-lain lagi. Terdapat 4 watak dalam opera cina ini iaitu 'Sheng' iaitu lelaki, 'Dan' iaitu wanita, 'Jing' sebagai lelaki wajah berlukis dan 'Chou' sebagai pelawak lelaki. Dalam persembahan opera cina ini, antara alat-alat yang digunaka adalah 'Jinghu' iaitu sebuah biola tajam kecil, 'yueqin' iaitu kecapi yang berbentuk lingkaran dan lain-lain lagi.
Bagi pembatangan mengenai opera cina pula, banyak maklumat yang telah mereka berikan tersasar. Ini adalah kerana pembentang tidak fokus kepada muzik opera cina di Malaysia. Mungkin kerana faktor yang sama iaitu kekangan masa serta baget yang terhad dan mungkin tajuk ini agak sukar mencari maklumat. Kumpulan Opera Cina diberi peluang untuk pembentangan semula.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump A

Blog Pelajar Kump B

Blog Pelajar Kump C

SMP2252 Noraziemah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template