Dalam perbentangan minggu ke10 ini, terdapat pembentangan dari kumpulan Muzik Klasik India dan juga Muzik Orang Asli. Dalam perbentangan muzik klasik India, kumpulan pembentang telah memfokuskan muzik klasik India yang terdapat di Malaysia. Pembentang dalam kumpulan ini turut memperincikan mengenai alat-alat yang digunakan dalam persembahan muzik klasik India. Alat muzik utama yang digunakan dalam muzik klasik India di Malaysia adalah seperti Nadaswaram / Serunai, Thavil, Ghatam, dan Tabla. Alat muzik lain yang digunakan seperti kanjiva, chenda, mudangam, veena, dan venu. Alat muzik ini biasanya digunakan dalam upacara perayaan, perkahwinan, dan lain-lain. Secara keseluruhannya pembentangan kumpulan ini adalah amat baik tetapi kurang menjelaskan tentang sejarah Kuzik klasik India itu sendiri, ini kerana kenkangan masa terhad semasa kajian yang dijalankan di Batu Caves, seperti yang telah dinyatakan oleh pembentang. Selain itu tiada rakaman temuduga yang mungkin akan menambahkan lagi maklumat tentang sejarah muzik Klasik India tersebut.
Kedua adalah pembentangan kumpulan Muzik Orang Asli. Persembahan pembentangan kumpulan ini adalah lebih terperinci kepada muzik tarian sewang. Sewang adalah terkenal di kalangan masyarakat orang Asli Senoi dan Negrito. Secara keseluruhannya, persembahan pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan ini adalah sangat baik, tetapi terdapat kekurangan maklumat mungkin kerana kajian mereka terhad kepada muzium bukannya pergi ke tempat org asli untuk maklumat yang lebih terperinci.

0 comments:
Post a Comment