Friday, October 8, 2010

Minggu 11:Jurnal Refleksi


Pada minggu ini sesi kuliah adalah melibatkan sesi pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan ke5. iaitu mengenai muzik ghazal. Pembentangan daripada kumpulan ini adalah pembentangan kali ke-2.

Pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan ini buat kali ke-2 ini adalah lebih terperinci daripada pelbagai aspek iaitu termasuklah aspek sejarah, pengaruh muzik ghazal, alat-alat muzik, struktur muzik dan memperbaiki kesalahan semasa pembentangan kali pertama.

Kumpulan ini turut menanyangkan sebuah video hasil kajian lapangan yang dilakukan oleh mereka mengenai muzik ghazal parti dan kumpulan ghazal telah menunjukkan perbezaan mengenai Ghazal Johor dan Ghazal Parti yang terdapat di Malaysia dengan jelasnya, tetapi penambahbaikkan yang perlu bagi kumpulan ghazal adalah mengenai slide kerana terdapat banyak kesalahan ejaan dan sedikit kesilapan dalam aturan

Di akhir kuliah terdapat robombingan pelajar dari SMK Malim, Melaka yang hadir untuk melihat sesi pembentangan. Pelajar terdiri daripada pelajar yang mengambil subjek muzik di sekolah tersebut. Pembentang diajukan pelbagai soalan yang diutarakan oleh pelajar, guru serta rakan-rakan sekuliah yang lain untuk kefahaman mereka. Pembentang melakukan tugas yang baik untuk menjawab soalan yang diajukan oleh audiens.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump A

Blog Pelajar Kump B

Blog Pelajar Kump C

SMP2252 Noraziemah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template