Sunday, October 17, 2010

Minggu 12:Jurnal Refleksi


Pada minggu ke-12 ini adalah melibatkan sesi pembentangan oleh 2 kumpulan iaitu kumpulan Muzik Opera Cina & po te hi dan kumpulan sejarah muzik tradisional Sabah dan Sarawak.

Melalui sesi pembentang oleh kumpulan pertama iaitu mengenai muzik opera cina dan po te hi. Pembentangan ini merupakan pembentangan kali yang kedua oleh kumpulan ini. Terdapat peningkatan dari segi cara pembentangan kerana mereka telah dapat menghapuskan dialek negeri dan tidak membaca teks ketika membentang. Kumpulan ini juga dapat memberi penerangan yang jelas mengenai opera cina dan potehi. Maklumat yang diperoleh dapat mempertingkatkan kefahaman kepada rakan-rakan yang lain serta video yang dipertontonkan memaparkan mereka telah pergi ke kajian lapangan dan melakukan pembentangan yang baik untuk kali ke-2.

Kumpulan ini telah menjelaskan beberapa aspek penting mengenai Muzik Opera Cina. Iaitu merangkumi aspek sejarah, jenis-jenis muzik opera cina, kumpulan opera cina yang ada,juga turut menjelaskan mengenai Wayang Po Te Hi.



Seterusnya, pembentangan yang dilakukan oleh kumpulan kedua pada minggu ini ialah mengenai sejarah asal usul muzik Sabah dan Sarawak. Pembentang membuat pembentangan yang baik tetapi dapat dilihat persediaan yang tidak mencukupi dan maklumat yang diperolehi oleh pembentang tidak mantap. Slide yang digunakan oleh pembentanga juga tidak jelas. Harap dapat dibaiki.

Dalam sesi pembentangan, kumpulan ini telah menjelaskan mengenai jenis tarian yang terdapat dalam muzik Sabah dan Sarawak. Pembentang hanya menjelaskan jenis tarian yang popular. dan mengenai alat-alat muzik yang digunakan dalam tarian muzik Sabah dan Sarawak yang sering digunakan dalam tarian yang popular seperti yang dijelaskan.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar Kump A

Blog Pelajar Kump B

Blog Pelajar Kump C

SMP2252 Noraziemah Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template